Saturday 12 March 2016

Aiskrim Viral

Assalamualaikum...

Hye uolls...

Disebabkan iolls kebosanan dirumah, tetiba mood rajin datang nak buat aiskrim Malaysia yang sedang VIRAL di laman sosial (Aiskrim Sumi).

Nampak macam mudah dan senang bila tengok resepi nak buat aiskrim ni. Rupanya rumit dan melecehkan. Yang lecehnya bab nak masukkan sumi ke dalam plastik aiskrim tu.

Penat jugak nak buat aiskrim sumi ni. Jadi iolls panggil adik iolls untuk membantu.
Dua kali iolls masak air susu untuk buat aiskrim. Satu round untuk aiskrim sumi dan satu round lagi untuk aiskrim oreo.

Penat-II iolls, maka terhasillah tiga perasa aiskrim.
Taraaaa....

Aiskrim Viral : Oreo, Asam Boi, Sumi
Inilah aiskrim buatan tangan iolls. Dibawah iolls ada attach sekali resepi untuk buat aiskrim ni.

RESEPI AISKRIM SUMI

Bahan-II :
> 1 tin susu pekat
> 1 tin susu cair
> 1.5L air kosong
> Secubit garam
> 3 bungkus sumi
> Plastik aiskrim

Cara-II :
> Masak air kosong bersama 1 tin susu pekat + 1 tin susu cair + secubit garam sehingga mendidih.
> Setelah mendidih, matikan api dan biarkan sejuk.
> Sementara menunggu air susu sejuk, potong sumi menjadi 4 dan masukkan ke dalam plastik aiskrim dengan warna yang berlainan.
> Kemudian, masukkan air susu ke dalam plastik aiskrim yang sudah diisi dengan sumi tadi dan ikat kemas.
> Sedia untuk dibekukan.

RESEPI AISKRIM OREO

Bahan-II :
> 1 tin susu pekat
> 1 tin susu cair
> 1.5L air kosong
> Secubit garam
> 2 bungkus oreo/cream-o
> Plastik aiskrim

Cara-II :
> Masak air kosong bersama 1 tin susu pekat + 1 tin susu cair + secubit garam sehingga mendidih.
> Setelah mendidih, matikan api dan biarkan sejuk.
> Sementara menunggu air susu sejuk, hancurkan biskut oreo dan masukkan ke dalam plastik aiskrim.
> Kemudian, masukkan air susu ke dalam plastik aiskrim yang sudah diisi dengan oreo tadi dan ikat kemas.
> Sedia untuk dibekukan.

SELAMAT MENCUBA !!!

Thursday 18 February 2016

Introduction

Assalamualaikum...

Hai semua !!!
Salam perkenalan dari saya.

Actually ni blog baru iolls. Blog yang lama tu suddenly can't operate. Jadinya iolls create new blog. Uolls boleh panggil iolls, AIN or MARLIANA, berumur 24 tahun dan sudah berkahwin. Sekarang iolls sedang hamil anak pertama dan kandungan iolls dah nak masuk bulan ke 7. Iolls ada lebih kurang lagi 3 bulan untuk delivery. Semoga iolls dipermudahkan semasa bersalin nanti. Aminnn...

MARRIED on 15/05/2015